Friday 13 April 2012

Sekitar Kem Kepimpinan Pengawas & Pengawas PSS

Pada 31 Mac hingga 1 April 2012 bertempat di Kem Rimba Ria Suara Hutan, Sungai Congkak, telah diadakan Kem Kepimpinan Pengawas Dan Pengawas PSS. 

Objektif Program Kem Kepimpinan tahun 2012 :
Ø  Berkeyakinan dan mengenal maruah diri
Ø  Meningkatkan daya kepimpinan dan disiplin diri
Ø  Mempunyai sahsiah yang lebih positif dan tidak berputus asa semasa menjalankan tugas yang diamanahkan
Ø  Lebih berkeyakinan semasa berinteraksi / berkomunikasi dengan guru dan rakan
Ø  Sentiasa menghargai masa dan meningkatkan semangat kerjasama berkumpulan
Ø  Menjadi contoh yang baik kepada rakan sebaya dan guru



                                                Encik Amran Memberikan Ucapan

              Pengawas dan Pengawas PSS Yang Menyertai Kem Kepimpinan

                Barisan Pengawas PSS yang menyertai Kem Kepimpinan di Sungai Congkak

                                          Aktiviti yang memupuk semangat kerjasama dan kepimpinan.

                                                              Aktiviti Jungle Tracking

Barisan guru-guru yang berdedikasi di Kem Kepimpinan

                                                       Aktiviti Senamrobik pada waktu pagi


Melalui Kursus Kepimpinan ini, diharap pelajar dapat menjadi seorang pemimpin yang baik. Selain membentuk disiplin diri yang tinggi dan menunjukkan peribadi yang mulia serta menjadi contoh kepada pelajar yang lain.


Thursday 22 March 2012

Halatuju Selepas SPM



Perhatian Kepada Pelajar Lepasan SPM 2011



Semak syarat kelayakan
imascu.upu.mohe.gov.my
Semak syarat kelayakan anda ke program Asasi, Diploma dan Ijazah semua IPTA bagi pelajar lepasan SPM, STPM dan Matrikulasi KPM

Permohonan kemasukan Kursus Perguruan Lepas Sijil Pelajaran Malaysia (KPLSPM) Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Ambilan Jun 2012
Kepada pelajar lepasan SPM Bumiputera sila layari laman webMARA untuk permohonan ke institusi di bawah MARA.Tarikh tutup 20 April 2012. Permohonan adalah secara PERCUMA.
http://apponline.mara.gov.my/upimonline/




Looking for scholarships, grants, education loans and financial aid to fund your undergraduate studies?


 

- untuk maklumat lanjut, sila hubungi kaunselor SMKBC di bilik kaunseling atau add di facebook ubk : http://www.facebook.com/UBKSMKBUKITCHANGGANG

 

Sekitar Hari Keputusan SPM 2011 diumumkan

Pelajar cemerlang SPM 2011. Tahniah diucapkan.
 
"Ini keputusan SPM kami.."





Pelajar menunggu untuk mendapatkan keputusan



Pelajar menunggu untuk mendapatkan keputusan SPM masing-masing


Sukanya dia..

Inilah keputusannya selepas berdebar-debar menunggu dari tadi

Pelajar-pelajar beratur di meja kelas masing-masing untuk mendapatkan slip keputusan SPM


Ibu yang hadir memberi sokongan, kelihatan gembira dengan keputusan anakanda tercinta.



Wednesday 21 March 2012

Keputusan SPM 2011


Tahniah kepada pelajar-pelajar SPM 2011. Keputusan sudah diumumkan pagi tadi. Tahniah diucapkan kepada pelajar cemerlang SMKBC, anda berhak mendapat keputusan yang terbaik atas usaha dan kerja keras selama ini. Keputusan cemerlang itu bukan sahaja menggembirakan pelajar itu sendiri malah membabitkan kegembiraan ibu bapa dan pihak sekolah terutama guru-guru yang mendidik anak bangsa tanpa mengira penat dan lelah.





Kepada pelajar yang mendapat keputusan sederhana, kurang memuaskan atau  gagal , jangan kecewa dan putus asa. Masih ada jalan untuk anda. Pilihan untuk belajar terbuka untuk semua. Hanya kesungguhan dan semangat yang diperlukan untuk merealisasikannya. 

Situasi di sekolah meriah dengan sambutan pelajar lepasan SPM yang datang untuk mendapatkan keputusan peperiksaan masing-masing. Penyampaian slip keputusan peperiksaan SPM 2011 kepada pelajar cemerlang di sampaikan oleh Yang Dipertua PIBG, Encik Amran b Hj Risman dengan diiringi oleh Pengetua SMKBC, Pn. Jamilah bt Rahim. Manakala pelajar lain telah mendapat keputusan peperiksaan di meja kelas masing-masing.

Senarai pelajar cemerlang dan analisis umum peperiksaan SPM 2011 SMKBC serta gambar-gambar akan dimuatnaik dalam masa terdekat. Harap pelajar dapat bersabar menanti gambar-gambar yang akan dimuatnaik nanti.

Bagi pelajar lepasan SPM yang mengalami kesukaran untuk datang ke sekolah, pelajar boleh menggunakan perkhidmatan semakan keputusan SPM 2011 melalui mySMS 15888. Perkhidmatan ini diaktifkan bermula jam 10 pagi, 21 Mac 2012 dan akan ditamatkan pada 12 tengah malam, 27 Mac 2012.


Pada pelajar yang ingin mendapatkan keputusan melalui SMS disertakan panduan dan cara-caranya disini :
SPM [No KP] [No Angka Giliran]
Hantar ke 15888

CONTOH
SPM 941211025839 ABC123456
SMS ke 15888

Untuk semakan secara online, pelajar bolehlah melayari sesawang Lembaga Peperiksaan Kementerian Pelajaran Malaysia di www.moe.gov.my atau mendapatkan bantuan di Talian Bantuan Khas : 03-55692840 atau emel : careline@15888.my

 

Sunday 18 March 2012

35 Petua Pelajar Cemerlang



  1. Menggunakan kedua-dua belah otak kanan & kiri. Ini dapat dilakukan dengan membuat aktiviti merangsang kedua-dua belah otak tersebut.
  2. Merangsang kesemua deria dalam pembelajaran. Kajian menunjukkan bahawa:
    • kita ingat 10 % apayang dibaca
    • kita ingat 20% apa yang didengar
    • kita ingat 50 % apa yang didengar & dilihat
    • kita ingat 70% apa yang dicakapkan
    • kita ingat 90% setelah dipraktikkan
  3. Belajar secara aktif dengan pen/pensil ditangan.
  4. Belajar 3 jam sehari atau 20 jam seminggu (tidak termasuk kerja rumah).

    …Tahu memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas belajar seperti membaca surat khabar, melawat rakan dan sebagainya….

  5. Belajar dalam persekitaran kondusif.
    • pastikan cahaya adalah terang
    • kurangkan gangguan bunyi
    • tampal poster yang mengandungi slogan yang menaikkan semangat belajar
    • tampal gambar-gambar yang menenangkan fikiran
    • kerusi dan meja menghadap kiblat
    • jangan lupa untuk senyum
  6. Tidak ponteng kelas. Kalau tertinggal kelas, salin nota dari rakan.
  7. Mengulang kaji menggunakan kaedah ‘output learning’ iaitu belajar untuk melatih otak menggunakan maklumat yang terkumpul. Ini dapat dilakukan dengan membaca buku/nota, ingat kembali, lakar/tulis, sebut apa yang difahami, dan jawab soalan.
  8. Tahu teknik merangsang memori:
    • memasukkan maklumat dalam memori (registration)
    • menyimpan maklumat dalam sel memori (retention)
    • mengingat kembali (recall)
    • menggunakan maklumat untuk menjawab soalan atau kegunaan lain (application)
  9. Sentiasa awal dan mendahului:
    • persediaan awal akan memberikan permulaan yang baik dan memberi tanggapan yang positif pada guru.
    • pelajar yang mendapat A pada ujian lazimnya akan dapat mengekalkan kejayaannya.
    • belajar awal ketika tiada tekanan adalah tidak membosankan.
    • untuk sentiasa awal dan mendahului, bacalah dahulu sekali atau 2 kali sebelum guru mengajar.
  10. Berbuat baik dengan guru. Setiasa hormati dan sayangi guru.
  11. Mempunyai teknik membaca yang betul:
    • duduk dengan tegak & bernafas dengan betul
    • memberikan tumpuan sepanuhnya
    • menggunakan jari telunjuk untuk membaca
    • menyesuaikan kelajuan membaca dengan kesukaran bahan bacaan
  12. Sentiasa mengawasi pencuri waktu belajar iaitu angan-angan kosong, bertangguh & malas.
  13. Membaca doa penerang hati setiap kali selepas sembahyang, sebelum mengulangkaji, dan sebelum menghadapi peperiksaan.
  14. Tidak membuang masa dengan belajar ketika letih.
  15. Mengadakan rehat sebentar setiap 20 minit mengulangkaji.
  16. Belajar mengikut waktu yang sesuai dengan diri (study according to your biological clock). Bagaimanapun, perlu tahu waktu-waktu yang sesuai untuk belajar iaitu sebelum tidur, selepas bangun tidur, selepas mandi air panas, selepas baca al-quran/zikir selepas riadah dan selepas berdoa.
  17. Mengulang kaji secepat mungkin. Ulang kaji ringkas selepas belajar (kita akan lupa 80% selepas belajar).
  18. Mengulang kaji secara bersendirian atau berkumpulan.
  19. Tahu mengulang kaji adalah aktiviti pembelajaran terpenting sebelum peperiksaan.
  20. Mengulang kaji pelajaran berulang-ulang kali.
  21. Mengulang kaji apabila mulai terlupa.
  22. Tahu petua mengulang kaji
    • cari tempat yang tenang dan serasi dengan jiwa kita
    • siapkan semua ‘bekalan’ dengan sempurna
    • duduk tegak dikerusi yang selesa
    • baca doa penerang hati
    • baca buku atau nota mengikut teknik membaca yang betul
    • fikir dan ingat kembali isi utama
    • catat/lakar
    • semak semula ketepatan maklumat
    • ulang sebut atau ceritakan pada orang lain
    • buat rumusan
    • jawab soalan
    • tampal maklumat yang rumit di dinding
    • baca doa tanda kesyukuran selepas belajar
  23. Tahu memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas beajar seperti membaca surat khabar, melawat rakan dan sebagainya.
  24. Tahu petua-petua agar tidak lupa:
    • jangan makan kepala ikan
    • jangan makan organ dalaman
    • jangan minum semasa makan
    • jangan minum atau makan makanan yang tercemar oleh semut
    • jangan melihat kemaluan
    • jangan melihat buih
    • jangan membaca nama pada batu nisan
    • banyakkan makan makanan yang mengandungi soya seperti tempe, tauhu dan lain-lain
    • banyakkan makan kismis, kurma dan madu
    • banyakkan makan kekacang
    • pakai minyak wangi ketika belajar atau menghadapi peperiksaan
    • jangan makan sehingga terlalu kenyang
    • jangan kencing berdiri
  25. Tahu kemahiran mengingat:
    • tampal nota-nota penting di dinding
    • tukar perkataan, ayat atau definisi dalam bentuk gambar atau rajah
    • gunakan kaedah akronim
    • reka cerita atau ayat mengenai konsep yang perlu diingat
    • pecahkan maklumat kepada kumpulan kecil
  26. Cekap mengatur jadual belajar:
    • mempunyai jadual belajar
    • patuh kepada jadual
    • buat jadual yang boleh diikuti
  27. Tidak menangguh belajar pada saat akhir dan tidak menumpukan peperiksaan sebagai dorongan untuk belajar.
  28. Cari maklumat mengenai subjek yang tidak diketahui. Sediakan perkara-perkara yang tidak diketahui dan dapatkan penyelesaian dari orang yang lebih arif.
  29. Membina kepelbagaian dalam pembelajaran. Sebagai contoh, satu hari dipelbagaikan cara dan topik untuk belajar.
  30. Menggunakan masa terluang untuk mengulang kaji atau mencuri masa.
  31. Membawa nota ke mana-mana sahaja (kecuali ke tandas).
  32. Pelbagaikan tempat belajar.
  33. Menyedari guru-guru adalah sumber ilmu yang baik. Tanya guru apabila tidak faham
  34. Menjadikan nota-nota menarik seperti membuat corak, menggariskan isi penting dan sebagainya.
  35. Ciri-ciri pelajar cemerlang:
    • taat kepada Allah
    • mendirikan sembahyang
    • menghormati kedua ibu bapa dan sentiasa mendoakan mereka
    • hormati & sayangi guru
    • bersungguh-sungguh dalam melakukan kerja untuk mencapai kecemerlangan.
    • suka pada setiap mata pelajaran yang dipelajari
    • membantu rakan yang memerlukan
    • berdoa dan bersyukur kepada Allah
    • sentiasa bertawakal
    • mahir dalam setiap mata pelajaran
Kita juga perlu ingat pelajar yang cemerlang, adalah juga cemerlang pada akhlak dan tingkah lakunya dan seimbang dalam kehidupannya. Kecemerlangan pelajar bukan semata-mata dilihat pada nilai akademiknya sahaja. Semoga bermanfaat.
credit to : http://feryco.com

Keputusan Peperiksaan SPM 2011



Keputusan Peperiksaan SPM 2011 akan diketahui pada hari Rabu ini iaitu pada 21 Mac 2012. Semoga keputusan peperiksaan SPM SMK Bukit Changgang akan meningkat.

Sunday 4 March 2012

Jadual Ujian Bulanan 1 2012 Tingkatan 4&5


Tarikh/Hari Subjek Masa Tempoh
5Mac/Isnin BM


Rehat


Kimia/Prinsip Perakaunan/ICT



BI
8.30am-10.00am


10.20am-10.40am


10.50am-11.50am




12.00pm-1.00pm
1 Jam 30 Minit


20 Minit


1Jam




1Jam
6Mac/Selasa


Add Math/KP/SRT/GEO


Biologi/EA/Perdagangan


Rehat


Tassawwur Islam


PI/Pendidikan Moral
8.00am-9.00am


9.10am-10.10am


10.20am-10.40am


10.50am-11.50am


12.00pm-1.00pm
1Jam


1Jam


20Minit


1Jam


1Jam
7Mac/Rabu Sejarah


SPN/ERT


Rehat


Math
8.00am-9.00am


9.10am-10.10am


10.30am-10.50am


12.00pm-1.00pm
1Jam


1Jam


20Minit


1Jam
8Mac/Khamis Sains/Fizik


PSV
8.00am-9.00am


9.10am-10.10am
1Jam


1Jam

Saturday 25 February 2012

'Majlis Anugerah Watikah Perlantikan Pengawas PSS dan Majlis Pelancaran Nilam' '





Pada 20 Februari yang lepas telah diadakan Majlis Watikah Perlantikan Pengawas Pusat Sumber dan pada hari yang sama turut diadakan Majlis Pelancaran Program Nilam Peringkat Sekolah.Semoga selepas ini,pengawas pusat sumber akan melakukan tugas dengan lebih rajin dan bersemangat!Kepada pelajar semua,rajin-rajin la penuhkan buku nilam :)

Thursday 23 February 2012

Mesyuarat Agung PIBG SMKBC

Alhamdulillah, syukur kepada Ilahi kerana dengan limpah dan kurnianya, Majlis Mesyuarat Agung PIBG telah berlangsung dengan jayanya. Sambutan daripada ibu bapa juga amat menggalakkan. Semoga dengan berkumpulnya kita pada hari tersebut dapat meleraikan kekusutan dan mengeratkan kemesraan antara ibu bapa dan guru.

Wednesday 8 February 2012

Jadual Bertugas Pelajar Sesi Petang




JADUAL BERTUGAS TERKINI

Kepada Pengawas PSS sila jalankan amanah yang dipertanggungjawabkan kepada anda dengan sempurna.



Mesyuarat PIBG Kali Ke-31


Pada 18 Februari telah dirancang untuk Mesyuarat PIBG antara pihak sekolah dan ibu bapa. Semoga dengan kehadiran ibu bapa dapat mengeratkan lagi ikatan perpaduan dalam kalangan guru, ibu bapa dan pelajar. Perjumpaan dalam mesyuarat ini juga adalah bertujuan untuk mengenal pasti alternatif penyelesaian dalam usaha meningkatkan prestasi kurikulum dan kokurikulum. Pastinya yang paling utama adalah untuk merangka program untuk menjana kecemerlangan pelajar selaras dengan visi sekolah. 

"MUAFAKAT MEMBAWA BERKAT"


Larian Merentas Desa

Tanggal 3 Februari, telah berlangsung program Merentas Desa SMKBC. Semua pelajar bersemangat menghabiskan larian. Tahniah kepada semua dan kepada yang memberi mata kepada rumah sukan masing-masing.

Cikgu Fauzi mengetuai senaman pagi sebelum larian

"Semua sedia??"

Bersemangat sambil diiringi lagu-lagu rancak

"OK, sedia ye.."

"Cepat lari!"




"Huh! Akhirnya sampai jugak."

Thursday 2 February 2012

Bagaimana Membentuk Imej Diri Positif

Usaha membentuk imej diri yang positif tidak dapat berlaku dalam sekelip mata. usaha yang bersungguh-sungguh dan berterusan diperlukan untuk memperolehnya. Antara yang perlu diambil bagi membentuk diri positif adalah :

  • Kenal 'wajah' negatif dan positif

Belajar dan kenalpasti apakah ciri-ciri imej diri positif dan negatif. apabila kita sudah mengenali 'wajah' keduanya barulah kita dapat membuat pilihan tepat




  • Membaca dan belajar
Sentiasa membaca buku-buku yang bermutu dan baik untuk motivasi dalaman. Contohnya buku mengenai tokoh terhebat seperti Biografi Muhammad bin Abdullah. Menghadiri majlis-majlis ilmu yang mendidik jiwa. kemudian ambil pengajaran daripada kedua-duanya


  • Bentuk harga diri yang tinggi
Setkan dalam minda bahawa kita mempunyai harga diri yang tinggi dan mahal. Tidak patut kita berakhlak negatif yang menjatuhkan harga diri kita. Kita perlu berfikir, bercakap dan bertindak seperti insan yang memiliki harga diri yagn tinggi pada setiap masa


  • Berkawan
Pilih kawan-kawan yang mempunyai akhlak mulia. Minta mereka menjadi 'pengawas' akhlak kita. Ingat! Kawan yang baik ialah kawan yang menegur ketika salah, bersama ketika susah. Kalau berkawan dengan tukang besi, tentu kita akan terasa bahang apinya juga

  • Berdoa
Yang terakhir sekali adalah jangan lupa berdoa. Berdoalah dengan doa-doa yang diajarkan oleh Allah dan Rasulnya. Berdoalah supaya kita sentiasa berakhlak dengan akhlak dan sifat-sifat yang mulia dan terpuji