Thursday 2 February 2012

Bagaimana Membentuk Imej Diri Positif

Usaha membentuk imej diri yang positif tidak dapat berlaku dalam sekelip mata. usaha yang bersungguh-sungguh dan berterusan diperlukan untuk memperolehnya. Antara yang perlu diambil bagi membentuk diri positif adalah :

  • Kenal 'wajah' negatif dan positif

Belajar dan kenalpasti apakah ciri-ciri imej diri positif dan negatif. apabila kita sudah mengenali 'wajah' keduanya barulah kita dapat membuat pilihan tepat




  • Membaca dan belajar
Sentiasa membaca buku-buku yang bermutu dan baik untuk motivasi dalaman. Contohnya buku mengenai tokoh terhebat seperti Biografi Muhammad bin Abdullah. Menghadiri majlis-majlis ilmu yang mendidik jiwa. kemudian ambil pengajaran daripada kedua-duanya


  • Bentuk harga diri yang tinggi
Setkan dalam minda bahawa kita mempunyai harga diri yang tinggi dan mahal. Tidak patut kita berakhlak negatif yang menjatuhkan harga diri kita. Kita perlu berfikir, bercakap dan bertindak seperti insan yang memiliki harga diri yagn tinggi pada setiap masa


  • Berkawan
Pilih kawan-kawan yang mempunyai akhlak mulia. Minta mereka menjadi 'pengawas' akhlak kita. Ingat! Kawan yang baik ialah kawan yang menegur ketika salah, bersama ketika susah. Kalau berkawan dengan tukang besi, tentu kita akan terasa bahang apinya juga

  • Berdoa
Yang terakhir sekali adalah jangan lupa berdoa. Berdoalah dengan doa-doa yang diajarkan oleh Allah dan Rasulnya. Berdoalah supaya kita sentiasa berakhlak dengan akhlak dan sifat-sifat yang mulia dan terpuji

No comments:

Post a Comment