Wednesday 21 March 2012

Keputusan SPM 2011


Tahniah kepada pelajar-pelajar SPM 2011. Keputusan sudah diumumkan pagi tadi. Tahniah diucapkan kepada pelajar cemerlang SMKBC, anda berhak mendapat keputusan yang terbaik atas usaha dan kerja keras selama ini. Keputusan cemerlang itu bukan sahaja menggembirakan pelajar itu sendiri malah membabitkan kegembiraan ibu bapa dan pihak sekolah terutama guru-guru yang mendidik anak bangsa tanpa mengira penat dan lelah.





Kepada pelajar yang mendapat keputusan sederhana, kurang memuaskan atau  gagal , jangan kecewa dan putus asa. Masih ada jalan untuk anda. Pilihan untuk belajar terbuka untuk semua. Hanya kesungguhan dan semangat yang diperlukan untuk merealisasikannya. 

Situasi di sekolah meriah dengan sambutan pelajar lepasan SPM yang datang untuk mendapatkan keputusan peperiksaan masing-masing. Penyampaian slip keputusan peperiksaan SPM 2011 kepada pelajar cemerlang di sampaikan oleh Yang Dipertua PIBG, Encik Amran b Hj Risman dengan diiringi oleh Pengetua SMKBC, Pn. Jamilah bt Rahim. Manakala pelajar lain telah mendapat keputusan peperiksaan di meja kelas masing-masing.

Senarai pelajar cemerlang dan analisis umum peperiksaan SPM 2011 SMKBC serta gambar-gambar akan dimuatnaik dalam masa terdekat. Harap pelajar dapat bersabar menanti gambar-gambar yang akan dimuatnaik nanti.

Bagi pelajar lepasan SPM yang mengalami kesukaran untuk datang ke sekolah, pelajar boleh menggunakan perkhidmatan semakan keputusan SPM 2011 melalui mySMS 15888. Perkhidmatan ini diaktifkan bermula jam 10 pagi, 21 Mac 2012 dan akan ditamatkan pada 12 tengah malam, 27 Mac 2012.


Pada pelajar yang ingin mendapatkan keputusan melalui SMS disertakan panduan dan cara-caranya disini :
SPM [No KP] [No Angka Giliran]
Hantar ke 15888

CONTOH
SPM 941211025839 ABC123456
SMS ke 15888

Untuk semakan secara online, pelajar bolehlah melayari sesawang Lembaga Peperiksaan Kementerian Pelajaran Malaysia di www.moe.gov.my atau mendapatkan bantuan di Talian Bantuan Khas : 03-55692840 atau emel : careline@15888.my

 

No comments:

Post a Comment