Saturday 25 February 2012

'Majlis Anugerah Watikah Perlantikan Pengawas PSS dan Majlis Pelancaran Nilam' '





Pada 20 Februari yang lepas telah diadakan Majlis Watikah Perlantikan Pengawas Pusat Sumber dan pada hari yang sama turut diadakan Majlis Pelancaran Program Nilam Peringkat Sekolah.Semoga selepas ini,pengawas pusat sumber akan melakukan tugas dengan lebih rajin dan bersemangat!Kepada pelajar semua,rajin-rajin la penuhkan buku nilam :)

Thursday 23 February 2012

Mesyuarat Agung PIBG SMKBC

Alhamdulillah, syukur kepada Ilahi kerana dengan limpah dan kurnianya, Majlis Mesyuarat Agung PIBG telah berlangsung dengan jayanya. Sambutan daripada ibu bapa juga amat menggalakkan. Semoga dengan berkumpulnya kita pada hari tersebut dapat meleraikan kekusutan dan mengeratkan kemesraan antara ibu bapa dan guru.

Wednesday 8 February 2012

Jadual Bertugas Pelajar Sesi Petang




JADUAL BERTUGAS TERKINI

Kepada Pengawas PSS sila jalankan amanah yang dipertanggungjawabkan kepada anda dengan sempurna.



Mesyuarat PIBG Kali Ke-31


Pada 18 Februari telah dirancang untuk Mesyuarat PIBG antara pihak sekolah dan ibu bapa. Semoga dengan kehadiran ibu bapa dapat mengeratkan lagi ikatan perpaduan dalam kalangan guru, ibu bapa dan pelajar. Perjumpaan dalam mesyuarat ini juga adalah bertujuan untuk mengenal pasti alternatif penyelesaian dalam usaha meningkatkan prestasi kurikulum dan kokurikulum. Pastinya yang paling utama adalah untuk merangka program untuk menjana kecemerlangan pelajar selaras dengan visi sekolah. 

"MUAFAKAT MEMBAWA BERKAT"


Larian Merentas Desa

Tanggal 3 Februari, telah berlangsung program Merentas Desa SMKBC. Semua pelajar bersemangat menghabiskan larian. Tahniah kepada semua dan kepada yang memberi mata kepada rumah sukan masing-masing.

Cikgu Fauzi mengetuai senaman pagi sebelum larian

"Semua sedia??"

Bersemangat sambil diiringi lagu-lagu rancak

"OK, sedia ye.."

"Cepat lari!"




"Huh! Akhirnya sampai jugak."

Thursday 2 February 2012

Bagaimana Membentuk Imej Diri Positif

Usaha membentuk imej diri yang positif tidak dapat berlaku dalam sekelip mata. usaha yang bersungguh-sungguh dan berterusan diperlukan untuk memperolehnya. Antara yang perlu diambil bagi membentuk diri positif adalah :

  • Kenal 'wajah' negatif dan positif

Belajar dan kenalpasti apakah ciri-ciri imej diri positif dan negatif. apabila kita sudah mengenali 'wajah' keduanya barulah kita dapat membuat pilihan tepat




  • Membaca dan belajar
Sentiasa membaca buku-buku yang bermutu dan baik untuk motivasi dalaman. Contohnya buku mengenai tokoh terhebat seperti Biografi Muhammad bin Abdullah. Menghadiri majlis-majlis ilmu yang mendidik jiwa. kemudian ambil pengajaran daripada kedua-duanya


  • Bentuk harga diri yang tinggi
Setkan dalam minda bahawa kita mempunyai harga diri yang tinggi dan mahal. Tidak patut kita berakhlak negatif yang menjatuhkan harga diri kita. Kita perlu berfikir, bercakap dan bertindak seperti insan yang memiliki harga diri yagn tinggi pada setiap masa


  • Berkawan
Pilih kawan-kawan yang mempunyai akhlak mulia. Minta mereka menjadi 'pengawas' akhlak kita. Ingat! Kawan yang baik ialah kawan yang menegur ketika salah, bersama ketika susah. Kalau berkawan dengan tukang besi, tentu kita akan terasa bahang apinya juga

  • Berdoa
Yang terakhir sekali adalah jangan lupa berdoa. Berdoalah dengan doa-doa yang diajarkan oleh Allah dan Rasulnya. Berdoalah supaya kita sentiasa berakhlak dengan akhlak dan sifat-sifat yang mulia dan terpuji

CARTA ORGANISASI JAWATANKUASA NILAM

JAWATANKUASA NILAM PUSAT SUMBER SEKOLAH
TAHUN 2012


CARTA ORGANISASI JAWATANKUASA INDUK PSS

JAWATANKUASA INDUK PUSAT SUMBER SEKOLAH
TAHUN 2012


CARTA ORGANISASI JAWATANKUASA INDUK PSS

CARTA ORGANISASI JAWATANKUASA INDUK
PUSAT SUMBER SEKOLAH
TAHUN 2012


LOGO SEKOLAH

                            













  • Topi atau ijazah melambangkan kejayaan
  • Tangan melambangkan doa ibu bapa, guru serta pelajar.
  • Obor  melambangkan terang atau cerah masa depan.
  • Bulan bintang melambangkan agama Islam sebagai agama rasmi.
  • Lima gelung atau bulatan melambangkan ko kurikulum.
  • Bukit atau pokok kelapa sawit melambangkan tempat atau situasi
  • Warna kuning, merah dan biru melambangkan negara dan negeri.

FALSAFAH SEKOLAH


SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BUKIT CHANGGANG

SENTIASA BERUSAHA UNTUK MEMBERIKAN PENDIDIKAN YANG SEIMBANG, MENYELURUH DAN BERSEPADU KEPADA PELAJAR-PELAJARNYA MENGIKUT POTENSI DAN KEBOLEHAN MASING-MASING SUPAYA MENJADI INDIVIDU YANG SENTIASA BERUSAHA UNTUK MENCAPAI KESEMPURNAAN DIRI BERLANDASKAN KEPERCAYAAN DAN KEPATUHAN KEPADA TUHAN. DENGAN DEMIKIAN MEREKA  AKAN DAPAT MEMAINKAN PERANAN DAN MEMBERI SUMBANGAN YANG POSITIF SEJAJAR DENGAN HASRAT FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN DAN ASPIRASI NEGARA YANG MAMPU MENYUMBANG KHIDMAT BAKTI KEPADA DIRI, IBU BAPA, MASYARAKAT, BANGSA DAN AGAMA.

OBJEKTIF SEKOLAH


  • Memperkasakan pengurusan dan pentadbiran sekolah ke arah  yang terbaik dan berkualiti.
  • Mencemerlangkan akademik secara bersepadu dan menyeluruh  berteraskan sains dan teknologi.
  • Memperkukuhkan iman , sahsiah, akhlak dan budaya murni pelajar untuk melahirkan masyarakat yang harmoni dan bersatu padu.
  • Mengembangkan potensi pelajar secara menyeluruh melalui aktiviti kokurikulum.
  • Melaksanakan sistem pengurusan kewangan dan akaun yang sistematik, amanah dan adil.
  • Mewujudkan permuafakatan dengan agensi luar demi kebaikan warga sekolah, ibu bapa dan masyarakat.

MISI


SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BUKIT CHANGGANG BERUSAHA MENINGKATKAN KUALITI PENDIDIKAN BAGI MELAHIRKAN INSAN YANG BERILMU PENGETAHUAN, BERAKHLAK  MULIA DAN BERKEMAHIRAN TINGGI SELARAS DENGAN FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA DAN ASPIRASI NEGARA.

VISI

SEKOLAH UNGGUL PENJANA GENERASI TERBILANG
hari merentas desa akn tiba pd ari jumaat nie pd 3 haribulan 2  .2012 ..

kunjungi la perpustakaan kite dn hargai la buku kerana ia  bnyk ilmu yg akn berguna