Tahniah kepada pelajar-pelajar SPM 2011. Keputusan sudah
diumumkan pagi tadi. Tahniah diucapkan kepada pelajar cemerlang SMKBC, anda
berhak mendapat keputusan yang terbaik atas usaha dan kerja keras selama ini. Keputusan
cemerlang itu bukan sahaja menggembirakan pelajar itu sendiri malah membabitkan
kegembiraan ibu bapa dan pihak sekolah terutama guru-guru yang mendidik anak
bangsa tanpa mengira penat dan lelah.
Kepada pelajar yang mendapat keputusan sederhana, kurang
memuaskan atau gagal , jangan kecewa dan
putus asa. Masih ada jalan untuk anda. Pilihan untuk belajar terbuka untuk
semua. Hanya kesungguhan dan semangat yang diperlukan untuk merealisasikannya.
Situasi di sekolah meriah dengan sambutan pelajar lepasan
SPM yang datang untuk mendapatkan keputusan peperiksaan masing-masing. Penyampaian
slip keputusan peperiksaan SPM 2011 kepada pelajar cemerlang di sampaikan oleh
Yang Dipertua PIBG, Encik Amran b Hj Risman dengan diiringi oleh Pengetua
SMKBC, Pn. Jamilah bt Rahim. Manakala pelajar lain telah mendapat keputusan
peperiksaan di meja kelas masing-masing.
Senarai pelajar cemerlang dan analisis umum peperiksaan SPM 2011 SMKBC serta gambar-gambar akan dimuatnaik dalam masa terdekat. Harap pelajar dapat bersabar menanti gambar-gambar yang akan dimuatnaik nanti.
Bagi pelajar lepasan SPM yang mengalami kesukaran untuk
datang ke sekolah, pelajar boleh menggunakan perkhidmatan semakan keputusan SPM
2011 melalui mySMS 15888. Perkhidmatan ini diaktifkan bermula jam 10 pagi, 21
Mac 2012 dan akan ditamatkan pada 12 tengah malam, 27 Mac 2012.
Pada pelajar yang ingin mendapatkan keputusan melalui SMS
disertakan panduan dan cara-caranya disini :
SPM [No KP] [No Angka Giliran]
Hantar ke 15888
CONTOH
SPM 941211025839 ABC123456
SMS ke 15888
Untuk semakan secara online, pelajar bolehlah melayari
sesawang Lembaga Peperiksaan Kementerian Pelajaran Malaysia di
www.moe.gov.my atau mendapatkan bantuan di
Talian Bantuan Khas : 03-55692840 atau emel : careline@15888.my